Friday, February 19, 2010

Menilai Persahabatan Di Dalam Islam



Sahabat adalah orang yang hampir dengan kita.Sahabat adalah orang yang boleh berkongsi susah senang dgn kita.Sahabat yang baik akan mengorbankan dirinya dan sentiasa memanfaatkan dirinya utk orang lain.Dalam hadis Imam Muslim Nabi bersabda yg bermaksud "Allah akan membantu hambaNya selagimana hambaNya dlm keadaan membantu saudaranya". Usrah merupakan perkara yg tdk dapat lari drpd gerakan Islam.Usrah bermaksud keluarga.As syahid Hasan al Banna meletakkan 3 rukun usrah iaitu taaruf(kenal),taawun(membantu), dan tanfiz(pelaksanaan).Kadangkala persahabatan tidak kukuh kerana asas usrah tidak ada iaitu taaruf(kenal). kita tidak kenal sahabat kita secara mendalam.Tentang kelurganya,hobinya dan sebagainya.Kita mestilah selalu berhubung dgn sahabat dgn apa cara sekalipun bagi mengelakkan hubungan menjadi renggang.Apabila kita sirah Nabi,kita dapat melihat betapa akrabnya Nabi dgn para sahabat terutamanya dgn Abi Bakr As Siddiq.Khalifah yg pertama ini sanggup mengorbankan dirinya utk sahabatnya iaitu NAbi.Sabda Nabi dlm hadis yang sahih yg bermaksud "tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi orang lain lebih drpd dia mengasihi dirinya sendiri".Antara doa yg dimakbulkan oleh Allah adalah doa sahabat kpd sahabat yang lain diluar pengetahuan sahabatnya itu.Seorang ulama mengatakan bahawa aku sentiasa mendoakan sahabatku dan aku sebut nama mereka satu persatu dlm doaku.Mestilah ada integriti dan keadilan dlm persahabatan.Jangan mengkhianati sahabat kita dan jgn jadi kacang lupakan kulit.

Monday, February 1, 2010

Pakatan Rakyat:Parti Lain Macam Mana??





Konvensyen PR telah sebulan berlalu.Ucapan pimpinan utama melambangkan hubungan erat antara parti gabungan.Untuk memenangi kerajaan pusat,cukupkah PR dengan hanya gabungan 3 parti? PR mungkin kuat di semenanjung tidak di Sabah dan Sarawak.
Bagaimana hubungan PR dgn parti2 kecil seperti PSM,PRM,MDP,PCM,SNAP..
Walhal Dr.Jeyakumar(PSM) bertanding di Sg.Siput,Dr.Nasir Hashim(PSM) di Kota Damansara, Wee Choo Keong(MDP) di Wangsa Maju, semuanya bertanding atas tiket PKR.
Tetapi seolah2 ada benteng pemisah antara PR dgn parti2 ini..Hasan Karim sanggup keluar dr PRM oleh kerana cubaannya utk membawa masuk PRM ke dlm PR ditolak perwakilan parti PRM. BIlakah agaknya parti2 kecil ini akan join PR?? Takkanlah nak tggu PRU 13 br nak bergabung? Sempatkah gerak kerja nak disusun klu begitu???