Tuesday, February 22, 2011

Doa Makan

1 - Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu memakan makanan, hendaklah membaca: بِسْمِ اللهِ

Apabila seseorang itu terlupa untuk membacakan doa pada permulaannya ia makan, maka hendaklah ia membaca: بِسْمِ اللهِ فِيْ أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ

(Hadis Riwayat Abu Dawud, at-Tirmidzi. Lihat juga kitab Shahih Sunan at-Tirmidzi, 2/167)

2- بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ : Hadis ini diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam ad-Du’a, no. 888, Ibnu as-Sunni, no. 457, dan Ibnu Adi, 6/2212. Sanad ini adalah sanad yang bersangatan lemahnya (dhoif jiddan). Dengannya, hadisnya ini dinilai mungkar oleh Ibnu Adi, adz-Dzahabi, dan Ibnu Hajar al-Asqalani

Monday, February 21, 2011

Guna Inhaler Semasa Puasa

Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum (Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram)

Tasauf Dan Kesufian

Umat Islam selalu terpesona akan ‘amalan’ yang bercanggah dengan Islam tapi persis seperti Islam.Umat Islam selalu dihidangkan dengan cerita polan ini kasyaf,mempunyai ilmu ladunni,bermimpi jumpa Nabi dan sempat berguru dengan Nabi Khidir. Golongan tarekat sering terjebak dengan hal yang seperti ini. Padahal semua hal tersebut atas tujuan penguasaan pengaruh atau politik yang akhirnya boleh membawa kepada keuntungan seseorang tokoh.

Dalam buku Tarekat Naqsyabandi, disebutkan tentang tanggungjawab disiplin pengikut tarekat: “Meninggalkan ikhtiar diri dan menyatukan ke dalam ikhtiar syeikh dalam segala urusan, baik ibadat mahupun adat kebiasaan. Salah satu tanda murid yang benar, kalau syeikh menyatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam api yang menyala”, ia akan memasukinya”. (H.A Fuad Said,Hakikat Tariqat Naqsyabandiyah,m/s 103)

Inilah yang Prof Hamka berikan sindiran pedas pada zamannya dengan memetik kata seorang tokoh bernama Syeikh Abdullah Saleh: “Menjadi Mufti dalam Kerajaan –kerajaan Melayu itu sangatlah megahnya. Memakai pakaian rasmi yang pakai polet, berpisang sesikat di bahu, jubah berukir-ukir benang emas, dan serban dari sutera dan berkereta sendiri. Rakyat pun sangat takut dan taat, sisanya dimakan, sepah sirihnya dikunyah. Dan kalau beliau ingin hendak kahwin, bismillah!. (Prof Hamka, Ayahku, m/s 160)

Sebahagian ajaran tasawwuf dan tarikat dipengaruhi oleh anasir-anasir luar daripada Islam, seperti unsur-unsur ajaran Kristian, Hindu, Parsi, Yunan dan lain-lain. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi:

“Para pengkaji tidak boleh membantah bahawa tasawwuf telah terpengaruh –pada tahap tertentu- unsur-unsur asing, samada anasir Kristian, Hindu, Parsi atau Yunan, juga unsur-unsur Islam. Dalam tempoh masa sekian lama, telah masuk ke dalam tasawwuf pemikiran yang pelik daripada sumber-sumber yang disebutkan tadi atau selainnya.

Sehinggakan sebahagian tasawwuf sampai ke peringkat percaya kepada al-hulul, atau al-ittihad, atau wahdatul wujud. Sebahagian mereka pula bercakap mengenai qidam nur Muhammad atau yang mereka namakan al-hakikat al-Muhammadiyyah (hakikat Muhammad). Juga mereka bercakap mengenai kewalian, para wali, kasyaf, mawajid, zauq dan berhukum dengan perkara-perkara tersebut dalam nas-nas agama. Mereka memisahkan hakikat dan syariat, berpegang bahawa dalam mendidik murid tasawwuf hendaklah dia di hadapan gurunya bagaikan mayat di hadapan orang yang memandikannya. Mereka melampaui batas dalam zuhud dan apa yang berkaitan dengannya sehingga ke peringkat terkeluar dari kesederhanaan Islam kepada kerahiban Kristian”. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyah, m.s. 94-95, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Siapapun yang mengetahui hakikat tasawwuf (Sufi) dan tasyayyu’ (Syi’ah), ia akan
mendapatkan keduanya seperti pinang dibelah dua. Keduanya berasal dari sumber yang
sama, dan memiliki tujuan yang sama.

Pertama. Kaum Syi’ah mengaku memiliki ilmu khusus yang tidak dipunyai kaum
muslimin selain mereka. Mereka menisbatkan kedustaan ini kepada Ahlul bait dengan
seenak perutnya. Mereka juga mengklaim memiliki mushaf (Al-Qur‘ân) tersendiri, yang
mereka sebut Mushaf Fathimah. Demikian pula orang-orang Sufi, mereka menganggap memiliki ilmu hakikat. Sedangkan orang dari luar kalangan mereka, hanya baru sampai pada tingkat ilmu syariat. Mereka beranggapan, bahwasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala menganugerahkan ilmu laduni kepada mereka, saat orang-orang selain mereka mesti menimba ilmu dengan susah payah dari para ulama.

Kedua. Orang-orang Syi’ah memuja imam-imam mereka dan menempatkan imam- imam itu dengan kedudukan yang lebih tinggi dari para malaikat dan para rasul. Mereka mengatakan, para imam adalah katub pengaman bagi penduduk bumi sebagaimana bintang-bintang menjadi pengaman bagi penduduk langit. Sifat seperti ini pula yang disematkan orang-orang Sufi kepada orang-orang yang mereka anggap sebagai wali. Katanya, “para wali” itu ikut berperan dalam pengaturan alam semesta ini, dan mengetahui ilmu ghaib.

Segelintir golongan sufi amat gemar bercakap perihal wali.Adanya wali qutub,aimmah, autad,abdal,nuqaba,nujaba,hawariyyun,rajabiyyun,khatam.Apabila bercakap perihal ghaib dan perkara luar biasa pastinya mereka akan mengaitkan dgn Nabi Khidir. Kita boleh ikuti kisah Nabi Khidir dgn Nabi Musa dlam surah Kahfi dimana Nabi Khidir melakukan perkara yang aneh. Dengan mempergunakan kisah ini maka golongan sufi atau tarekat yang sesat beralasan bahawa para wali dibolehkan tidak mengikut syariat para nabi dan boleh melakukan segala tindakan yang dianggap salah oleh golongan zahir tetapi hakikatnya betul di sisi ilmu hakikat atau ilmu ladunni.

Ada segelintir msyrkt selalu menyebut bahawa terdapatnya khadam bagi ayat Quran, khususnya Ayatul Kursi. Dikatakan untuk berdampingan dengan khadam tersebut mestilah membaca kepala doa akasyah,doa akasyah,pelapik doa akasyah dan doa rijalul ghaib.Alangkahnya hinanya msyrkt kita pabila memilih jalan yg singkat untuk mencapai martabat yg iman yg tinggi sehingga sggup menggadai aqidah kerna kurangnya ilmu dan jahil akan hukum2 Islam.


Thursday, February 3, 2011

Sapu Muka Selepas Salam

Demikian kedudukan hadis berkenaan anjuran menyapu muka sejurus selepas mengerjakan solat (salam). Selain daripada kelemahan sanadnya, hadis ini juga dilihat memiliki kelemahan dari sudut matannya kerana ia bercanggah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri di mana beliau berkataDemikian kedudukan hadis berkaitan menyapu muka selepas salam.Selain daripada kelemahan sanad,ianya juga dilihat memiliki kelemahan dari sudut matannya kerana ia bercanggah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri:

“Pada malam ke-21, kami diselebungi hujan dan masjid saat itu bocor pada tempat Nabi bersolat.Lalu aku melihat kepada baginda,baginda baru selesai dari mengerjakan solat subuh dan pada wajahnya terdapat kesan lumpur dan air”.(Nasai dalam Sahih Sunan Nasai). Ketika mengeluarkan hadis ini,Imam Nasai meletakkannya di bawah bab “tidak usap dahi selepas salam

Berdasarkan fatwa Imam asy-Syafie rahimahullah. Beliau menentang perbuatan tersebut (menyapu muka) sebagaimana dijelaskan oleh beliau rahimahullah melalui hadis yang terdapat dalam kitab Al-Umm yang menjelaskan supaya tangan kita adalah tetap di atas peha ketika semasa dan selepas salam (membawa maksud tiada perbuatan menyapu muka): “Dari Jabir bin Samrah berkata: Semasa kami solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, maka ketika baginda memberi salam, berkata salah seorang dari kami dengan tangannya ke kanannya dan ke kirinya dan mengucapkan: As-salamu ‘alaikum, as-salamu ‘alaikum, dan mengisyaratkan dengan tangannya ke kanan dan ke kiri. Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apa terjadi kepada kamu, mengisyaratkan dengan tangan kamu, tak ubah seperti ekor kuda yang mabuk, tidakkah memadai atau sesungguhnya memadai seseorang kamu meletakkan tangannya di atas pehanya semasa memberi salam ke kanannya dan ke kirinya seraya mengucapkan: As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah, as-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah”. (Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 122. Hadis ini diriwayatkan oleh Riwayat Muslim)

HAL-HAL YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH MUSLIMAH YANG SEDANG HAIDH

Membaca Al-Qur’an: “Sejak asal tidak ada larangan daripada al-Sunnah (bagi wanita yang sedang haidh). Hadith: “Wanita haidh tidak boleh membaca sesuatu daripada al-Qur’an” adalah hadith yang dhaif yang disepakati oleh para ahli hadith. Maka jika haram ke atas mereka untuk membaca al-Qur’an sepertimana haram ke atas mereka mendirikan solat, nescaya ia diterangkan oleh Nabi kepada umatnya dan dipelajari oleh para isteri baginda.

Berkata Imam al-Nawawi dalam kitabnya Majmu’ Syarhu Muhazzab jilid 2 m/s 123-125: Adapun hadith Ibn Umar: Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid, maka ia diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Ibn Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadith yang dhaif, didhaifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedhaifan yang terdapat padanya adalah jelas.”

Sebahagian ahli fiqh tetap melarang seorang wanita yang sedang haidh membaca al-Qur’an kerana diqiyaskan (dianalogikan/disamakan) kepada keadaan junub (berhadas besar disebabkan persetubuhan). Namun pandangan ini dianggap tidak tepat kerana: Peranan qiyas ialah mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara yang tidak wujud pada zaman Rasulullah. Apa-apa perkara baru yang wujud selepas itu, maka hukumnya disandarkan secara analogi kepada sesuatu yang sudah sedia dihukumkan pada zaman Rasulullah berdasarkan kesamaan sebabnya (‘illat).Apabila zaman itu Allah dan Rasul-Nya tidak menjatuhkan hukum melarang wanita yang haidh daripada membaca al-Qur’an, maka tidak perlu bagi orang-orang terkemudian membuat hukum baru. Haidh dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan dimana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada di dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar daripada keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib dan tayammum. Berbeza halnya dengan haidh, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan.

Masuk masjid: Bahawa A’isyah haidh sewaktu melaksanakan haji, Rasulullah membolehkannya melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang berhaji dan tidak melarangnya kecuali mengerjakan tawaf di Baitullah. Hal ini menunjukkan bahawasanya ia boleh masuk masjid seperti yang dilakukan jamaah haji lainnya. Sila lihat Shahih al-Bukhari, no. 1650. Hadith dari A’isyah, ia mengatakan: “Rasulullah berkata kepadaku: Ambilkan untukku selendang di dalam masjid. Aku berkata: Aku sedang haid. Rasulullah bersabda: Sesungguhnya haidmu bukanlah pada tanganmu. - H/R Muslim, no. 298, Abu Daud, no. 261, at-Tirmidzi, no. 134 dan al-Nasa’i 2/192. Hal ini mengisyaratkan bahawasanya selendang itu berada di dalam masjid. Namun Nabi s.a.w tetap memerintahkan A’isyah yang sedang mengalami haid itu untuk mengambil selendang itu.

TAMBAHAN:Pendapat mutaakhir membenarkan orang yang tidak berwuduk untuk memegang Quran(Albani, Tamamul Minnah)(Qardhawi,Fiqh Taharah)