Monday, June 18, 2012

BAYI TABUNG UJI


Persenyawaan Buatan Dan Bayi Tabung Uji
1) Ketetapan-Ketetapan Syarak Yang Berkaitan Dengan Tajuk Perbahasan
1.1 Kaedah kelahiran bayi secara fitrah adalah bermula dengan pertemuan dua anggota
sulit antara suami dan isteri ketika proses hubungan kelamin lantas berlaku
persenyawaan antara benih si suami (sperma) dan benih si isteri (ovum)
1.2 Setiap anak yang lahir mempunyai ikatan dan hubungan yang erat dengan kedua ibu
bapanya.
Hubungan Anak Dengan Ayah
1) adalah hubungan yang berkaitan dengan kejadian manusia melalui
air mani si bapa dan hubungan pewarisan
Hubungan anak dengan si ibu
adalah hubungan yang berasaskan ovum si ibu
1) Hubungan ketika masa mengandungkan anak dan penjagaan yang
sumbernya adalah berasaskan rahim si ibu.

Memelihara keturunan dan kehormatan adalah di antara lima Maqasid Syar`ie yang
dijaga dalam setiap hukum-hakam Islam.
Oleh itu Islam mengharamkan setiap tindakan yang boleh menyebabkan keraguan
dalam penentuan nasab ataupun apa-apa perbuatan yang mengakibatkan percampuran
nasab kesan daripada hubungan kelamin yang tidak syar`ie.
Jelasnya setiap perkara yang boleh menghancurkan kemuliaan nasab dan kehormatan
diri adalah diharamkan oleh syarak

Bentuk-Bentuk Persenyawaan yang Ada Hubung Kait Dengan Bayi Tabung Uji
Dan Persenyawaan Buatan

 Pembahagian Pertama: Dari Aspek Lokasi Persenyawaan
•=Persenyawaan Dalam
Kaedah ini berlaku apabila sperma diambil daripada zakar lelaki lalu
dimasukkan ke dalam bahagian tertentu pada faraj wanita untuk
disenyawakan bersama ovum wanita tersebut dengan kaedah saintifik.
(Persenyawaan antara sperma dan ovum berlaku di dalam rahim)

=Persenyawaan Luar
Kaedah ini berlaku dengan cara pengambilan sperma dan ovum lalu
disenyawakan di luar faraj melalui bantuan radas makmal













Pembahagian Kedua: Dari Segi Pemilik Sperma
Pembahagian ini erdiri daripada tiga unsur (sperma, ovum dan
dinding rahim) yang ketiga-tiganya adalah daripada suami dan
isteri yang sah menurut Islam.
Bahagian ini terdiri daripada daripada 2 bentuk:
Dalam bahagian ini salah satu daripada 3 unsur di atas atau kesemuanya
sekali tidak berasal daripada dua orang suami isteri yang sah di sisi
pandangan syarak yang kita boleh pecahkan kepada dua bahagian:
a) Dari segi sperma dan ovum
- Salah satu daripada kedua-dua benih tersebut atau kedua-
duanya sekali bukan milik sepasang suami isteri yang sah di
sisi syarak
b) Dari segi dinding rahim
- Rahim yang dijadikan tempat penempelan boleh dibahagikan
kepada tiga bahagian
rahim si isteri sendiri
rahim madu si isteri (isteri kedua atau keseterusnya
bagi suami yang mengamalkan poligami)
rahim wanita yang bukan isteri kepada pemberi
Sperma





Ringkasan Keputusan pada Daurah yang ketujuh yang berlangsung di
Makkah pada 11-17 Rabiul Akhir tahun 1404 Hijriah bersamaan 14-19/1/1984


Penjelasan bagi cara-cara yang diamalkan dalam proses persenyawaan buatan:
1. Cara Pertama
- Sperma si suami diambil seterusnya dimasukkan ke
dalam faraj si isteri melalui kaedah perubatan moden
agar sperma tersebut dapat bergabung dengan ovum si
isteri lalu menghasilkan persenyawaan secara tabiie
- Kaedah ini digunakan apabila si suami tidak mampu
untuk memancutkan sperma yang mampu untuk dengan
ovum secara tabiie


2. Cara kedua
- Sperma daripada seorang lelaki asing diambil lalu
dimasukkan ke dalam faraj seorang wanita yang telah
bersuami dengan tujuan agar sperma tersebut mampu
untuk bercantum dengan ovum si isteri tersebut.
- Cara ini digunakan apabila si suami tidak mampu untuk
menghasilkan sperma yang benar-benar layak untuk
menghasilkan anak apabila bercantum dengan ovum


3. Cara ketiga
- Sperma dan ovum daripada sepasang suami isteri
diambil lalu disenyawakan di luar rahim dengan kaedah
persenyawaan beradas. Apabila kedua-dua benih
tersebut telah bersenyawa, kedua-dua benih tersebut
dimasukkan ke dalam rahim si isteri, pemilik ovum yang
disenyawakan lalu berlakulah proses penempelan di
dinding rahim dan membesar sehingga dilahirkan.

4. Cara keempat
- Berlaku persenyawaan luar secara beradas antara sperma
yang diambil daripada suami tetapi ovum diambil
daripada wanita lain yang bukan isteri kepada pemilik
sperma tersebut lalu kedua-dua benih yang telah
disenyawakan tadi dimasukkan ke dalam rahim isteri
kepada pemilik sperma.
- Keadaan ini berlaku apabila si isteri tidak mampu untuk
menghasilkan ovum yang benar-benar sihat yang mampu
untuk disenyawakan tetapi beliau memiliki dinding
rahim yang mampu untuk menerima tempelan ovum dan
sperma yang telah disenyawakan

5. Cara kelima
- Berlaku persenyawaan luar di dalam tabung uji antara
sperma seorang lelaki asing dengan ovum seorang
wanita yang bukan isteri si pemilik sperma lalu kedua-
dua benih ini ditempelkan pada dinding rahim seorang
wanita lain yang telah berkahwin. Bermakna wanita
yang memberi ovum dan wanita yang menjadikan
rahimnya sebagai tempat tempelan benih kedua-dua
mereka bukan isteri kepada lelaki yang menyumbangkan
sperma.
- Keadaan ini berlaku apabila seorang anita yang telah
berkahwin tidak mampu untuk menghasilkan ovum yang
sihat tetapi rahimnya mampu untuk menerima tempelan
dua benih yang telah disenyawakan dalam keadaan
suami kepada wanita tersebut juga tidak mampu untuk
menghasilkan sperma yang sihat


6. Cara keenam
- Kedua-dua sperma adalah milik sepasang suami isteri
yang sah di sisi Islam dan telah disenyawakan dengan
kaedah persenyawaan luar tetapi kedua-dua benih ini
ditempelkan pada dinding rahim seorang wanita lain
yang bukan isteri kedua atau seterusnya kepada lelaki
yang menyumbangkan sperma.
- Keadaan ini berlaku apabila si isteri tidak mampu untuk
mengandungkan janin yang bakal lahir atas sebab-sebab
kesihatan namun wanita tersebut memiliki ovum yang
subur.
- Ataupun keadaan ini berlaku apabila si isteri tidak mahu
untuk melahirkan anak sekalipun dia memiliki dinding
rahim yang baik untuk melahirkan anak.


7. Cara yang ketujuh
- Cara ini sama dengan cara keenam tetapi si wanita yang
sudi untuk menjadikan dinding rahimnya sebagai tempat
tempelan sperma dan ovum yang telah disenyawakan
merupakan isteri kedua atau seterusnya kepada pemberi
sperma yang mengamalkan poligami.


o Pandangan Islam dalam persoalan yang
berhubungkait dengan persenyawaan buatan dan
bayi tabung uji



Hukum Islam Secara Khusus Yang Berhubung Kait Dengan Persenyawaan
Buatan Dan Bayi Tabung Uji
1) Keinginan sang isteri yang tidak boleh hamil dan keinginan sang suami
yang mandul yang inginkan anak dianggap oleh syarak sebagai satu sebab
untuk membolehkan penggunaan cara-cara yang dibenarkan oleh syarak
dalam persenyawaan buatan

2) Cara pertama dengan mengambil sperma daripada si suami lalu
disenyawakan dengan ovum isterinya dalam kaedah persenyawaan dalam
yang seterusnya akan menempel di dinding rahim isteri, pemilik ovum,
kaedah ini adalah dibenarkan oleh syarak berdasarkan syarat-syarat umum
yang telah disebutkan sebentar tadi dalam keadaan si wanita yang
menggunakan cara pertama ini sangat-sangat berhajat kepada kaedah ini
semata-mata untuk mendapatkan cahaya mata.

3) Cara ketiga dengan cara kedua-dua benih adalah milik sepasang suami
isteri yang sah tetapi kedua-dua benih ini disenyawakan dengan cara
pesenyawaan luar Sekalipun ditempelkan pada
dinding rahim si isteri, cara ini pastinya akan mempunyai kritikan kerana
pastinya ada kemungkinan berlakunya kesilapan yang menyebabkan
ketidakyakinan dalam masalah penentuan nasab si bayi yang bakal lahir.
Oleh itu Islam tidak membenarkan cara ketiga ini melainkan apabila
berlaku keadaan dharuri yang sangat-sangat berhajat kepada penggunaan
cara yang ketiga ini dengan mengikut syarat-syarat umum yang telah
disebutkan.







4) Cara yang ketujuh dengan cara persenyawaan dua benih daripada sepasang
suami isteri dengan kaedah persenyawaan luar tetapi dua benih ini
ditempelkan pada rahim isteri kedua atau seterusnya (madu kepada si isteri
yang memiliki ovum) yang sanggup untuk mengandungkan benih tesebut,
cara ini hukumnya adalah harus berdasarkan ijtihad jamaie daripada Al-
Majmak Al-Feqhi Al-Islami tetapi dengan syarat bahawa si isteri pemilik
ovum sangat-sangat berhajat kepada cara ketujuh ini di samping mengikut
syarat-syarat umum yang telah disebutkan.

5) Dalam taida keadaan yang dibenarkan oleh Islam berdasarkan ijtihad
Jamaie tadi, nasab anak yang bakal lahir akan dithabitkan kepada dua
orang suami isteri yang telah menyumbangkan dua benih (ovum dan
sperma) yang telah disenyawakan.
   o Adapun si isteri kedua (madu kepada isteri yang disenyawakan
ovumnya) yang tidak menyumbangkan ovum tetapi sanggup
menyumbangkan dinding rahimnya sebagai tempat tempelan benih,
hubungan wanita tersebut dengan anak yang bakal dilahirkan
menurut rahimnya adalah menurut hukum penyusuan bahkan
dalam kes ini wanita penyumbang rahim tersebut lebih kuat
hubungannya dari segi hukum yang berkaitan dengan
berbanding dengan wanita yang hanya sekadar menyusukan si anak.
Ini kerana janin di dalam kandungan akan menggunakan seluruh zat
daripada tubuh si penderma dinding rahim (ibu tumpang).

6) Adapun empat cara selain daripada tiga cara yang telah disebutkan
keharusannya dari perspektif syarak, kesemuanya diharamkan oleh syarak
secara jelas kerana kedua-dua benih bukan daripada dua orang suami isteri
yang sah ataupun kerana wanita yang sudi untuk menjadikan rahimnya
sevagai tempat tempelan bukan isteri kedua atau seterusnya kepada lelaki
yang menyumbangkan sperma.
  o Walau bagaimanapun, setelah melihat kepada beberapa cara
persenyawaan buatan yang dibenarkan oleh Islam di samping
wujudnya kemungkinan berlakunya percampuran nasab hasil
daripada kesalahan doktor dalam memastikan bahawa benih yang
diambil untuk disenyawakan dalam persenyawaan beradas benar-
benar daripada dua orang suami isteri yang sah, maka Majlis Al-
Majmak menasihati agar seseorang muslim tidak menggunakan
proses persenyawaan buatan melainkan dalam keadaan sangat-sangat
dharuri dengan cara yang betul-betul teliti dan berhati-hati agar tidak
berlaku sebarang percampran nasab dan kesalahan dalam proses
persenyawaan buatan.

4) Perbincangan Semula Ketetapan Yang Dikeluarkan Oleh pada
Daurah Yang Ketujuh

pada daurah yang kelapan telah menarik balik pandangan
yang membenarkan cara ketujuh yang menjadikan tempelan rahim adalah
rahim isteri kedua atau seterusnya bagi suami, pemilik sperma.

=Setelah dibincangkan kembali dengan melihat pandangan daripada pakar-
pakar perubatan, pada daurah yang kelapan telah mengambil
keputusan dengan mengharamkan cara yang ketujuh ini dengan sebab di sana
berlaku kemungkinan yang sangat besar yang akan mengakibatkan keraguan
dalam penentuan nasab si janin.

Antara sontoh keraguan:
 
  o Isteri kedua yang menjadikan rahimnya sebagai tempat tempelan
kepada benih suami yang disenyawakan dengan benih madunya,
wanita ini berkemungkinan akan mengandungkan zuriatnya dengan
si suami sebelum berlaku tempelan hasil antara benih suaminya dan
madu si wanita tersebut.
o Atau boleh berlaku di sana kelahiran anak kembar yang kita tidak
dapat pastikan adakah kedua-duanya anak kepada isteri yang
menderma rahim atau isteri yang memberi ovum.
     o Berkemungkinan benih antara suami dan isteri pemilik ovum yang
ditempelkan pada rahim isteri yang menderma dinding rahimnya
telah mati lalu berlaku persenyawaan baru antara suami dan isteri
yang menderma rahimnya.
   • Jelasnya, keraguan yang cukup besar ini pastinya akan menyebabkan seorang
mujtahid akan mengharamkan setiap cara yang mengakibatkan keraguan ini
kerana Islam amat menitikberatkan masalah nasab seseorang.
   • Oleh itu cara yang dibenarkan oleh Islam dalam masalah persenyawaan
buatan ini adalah cara pertama dan ketiga sahaja

KHILAF


Khilaf (Bahasa Arab:  bererti keliru atau salah. Dalam Islam, "khilaf" biasanya membawa erti pertentangan atau berlawanan. Manakala istilah yang lebih khusus "ikhtilaf" membawa maksud tidak sependapat atas sesuatu perkara.
Khilaf terbahagi kepada tiga bahagian:
  1. Khilaf yang diterima
  2. Khilaf yang dicela
Terdapat beberapa sebab berlakunya khilaf: (1)(2)
  • Perbezaan dalam penguasaan ilmu Bahasa Arab.
  • Khilaf pada kaedah-kaedah usuliyyah.
  • Khilaf dalam menentukan darjat hadis

Perbezaan dalam penguasaan ilmu bahasa arab
Lafaz yang memungkinkan 2 erti hakiki.Sebagai contoh ayat quruk berkaitan iddah dalam surah baqarah ayat 228. Imam Malik(179 H),Syafee (204H) dan Hanbali(241h) berpendapat makna yang dimaksudkan adalah ‘suci’.
Adapun Imam Hanafi(150H) berpendapat ianya bermaksud haid.(3)
‘Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menunggu 3 kali quruk’ (Baqarah 228)

 
Khilaf pada masalah usuliyyah

Para mujtahid menggunakan kaedah usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah dalam mengeluarkan hokum.Antara kaedah tersebut ialah saddu zarai’,masolih mursalah,uruf dan istihsan.

Sebagai contoh Dr Yusuf Qardawi berfatwa mati syahid  pengebom berani mati. Ini difikirkan dari sudut tempat dan suasana negara perang(uruf) dan darurat dalam hendak melawan musuh yang akan meberi kesan yang lebih buruk kepada Negara(saddu zarai’).

Ada sebahagian ulama yang berfatwa bahawa mereka bukan mati syahid atas alas an senjata lain masih ada dan nas2 hadis.


Khilaf dalam menentukan darjat hadis

Penulis mengambil isu talqin sebagai contoh.Umumnya para ulama mazhab tidak mengatakan sunat talqin di kubur mayat(4) (5).Imam Hanbali dalam Fiqh Sunnah melarang keras perbuatan ini.

Antara sebab khilaf ini timbul kerana status hadis berkaitan talqin yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani

Dari Sa’id bin Abdullah al-Audi berkata: Saya menyaksikan Abu Umamah saat menjelang meninggal dunia dan beliau berkata: Apabila saya meninggal dunia maka lakukanlah bagiku sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah untuk kami lakukan pada orang yang meninggal. Baginda bersabda: Apabila salah seorang dari kalian meninggal dunia lalu kalian sudah meratakan kuburannya, maka hendaklah salah seorang dari kalian berdiri pada sisi kepala kubur, lalu hendaklah dia berkata: Wahai Fulan anaknya Fulanah kerana dia akan mendengarnya meskipun tidak boleh menjawab.

 
Kemudian katakan: Wahai Fulan bin Fulanah, maka dia akan duduk sempurna. Kemudian katakan Wahai Fulan anaknya Fulanah”, maka dia akan berkata: Berilah aku petunjuk, semoga Allah merahmati kalian. Lalu hendaklah dia katakan: Ingatlah apa yang engkau bawa keluar dari dunia ini iaitu syahadah bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah seorang hamba dan utusan-Nya, dan engkau redha Allah sebagai Rabb-mu, Islam sebagai agamamu, Muhammad sebagai nabimu, al-Qur’an sebagai imammu. Kerana salah seorang daripada Malaikat Mungkar dan Nakir akan mengambil tangan yang lainnya seraya berkata: Pergilah, tidak perlu duduk pada orang yang sudah ditalqinkan hujahnya.
 Dengan ini semua maka Allah akan menjadi hujahnya dalam menghadapi keduanya. Lalu ada seorang yang bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kalau tidak diketahui nama ibunya? Maka Rasulullah bersabda: Nasabkanlah kepada Hawa, katakan Fulan bin Hawa.
Hadis ini dikeluarkan oleh at-Thabrani dalam ad-Du’a dan Mu’jam al-Kabir dari jalan Muhammad bin Ibrahim al-Ala’, telah menceritakan kepada kami Isma’il bin ’Ayyasy, telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad al-Qurasyi dan Yahya bin Abi Katsir dari Sa’id bin Abdullah al-Audi. Hadis ini adalah hadis dha’if (lemah). Berikut dikemukakan beberapa komentar ulamak hadis terhadap kedudukan riwayat di atas:
  • Berkata al-Haithami(807H)rahimahullah dalam al-Majma’ Zawaid, jld. 3, ms. 45: Dalam sanadnya banyak perawi yang tidak saya kenali.
  • Berkata Ibn Solah rahimahullah: Sanadnya tidak dapat dijadikan hujah.
  • Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah(728H) rahimahullah dalam Majmu’ al-Fatawa, jld. 4, ms. 296: Hadis ini tidak dihukumi sahih.
  • Berkata Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah(751H) rahimahullah dalam Zad al-Ma’ad, jld. 1, ms. 523: Tidak sahih secara marfu’. Beliau juga berkata dalam Tahdzib as-Sunan: Hadis ini disepakati akan kelemahannya.
  • Imam al-‘Iraqi (806H)rahimahullah juga melemahkannya dalam Takhrij Ihya’, jld. 4, ms. 420.
  • Hadis ini juga dilemahkan oleh Zarkasyi dalam al-La’ali al-Manstsurah, ms. 59, al-Suyuthi(911H) dalam ad-Durar al-Manstsurah, ms. 25 serta Imam ash-Shan’ani dalam Subulus Salam, jld. 2, ms. 114.
 
Ada sebahagian ulama syafee yang mengsohihkan hadis ini atas alasan ada penguat(syawahid) hadis ini.Antaranya ialah Imam Nawawi(676H)dalam Majmu Syarhu Muhazzab dan Imam Ibnu Hajar(852H) dalam Talkhis al Habir


 
ADAB-ADAB MENGHADAPI KHILAF
Islam amat menyeru umatnya supaya mengamalkan segala adab-adab yang telah dijelaskan dan diterangkan oleh al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. melalui lidah-lidah para ulama. Adab-adab tersebut untuk memastikan agar kehidupan manusia berada di dalam keadaan aman dan harmoni. Semua adab-adab adalah untuk mencantikkan segala amalan yang ingin dilakukan manusia. Setiap amalan akan lebih bermakna sekiranya dihiasi dengan adab-adab yang indah. Berikut di antara kata-kata ulama yang boleh kita jadikan teladan:
Berkata Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah:
Imam Qurafi berkata di dalam kitabnya al-Furuq: Ketahuilah sesungguhnya dengan mengamalkan sedikit adab-adab Islam lebih baik daripada memperbanyakkan amalan.
(Kitab: Min Adab al-Islam).
Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Fathi:
Ibnu Mubarak berkata: Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun dan adalah mereka (para ulama) mempelajari adab kemudian barulah mempelajari ilmu.
(Kitab: Mausuah al-Adab al-Islamiyyah).
Berkata Imam Nawawi:
Imam Shafie berkata: Sesiapa yang ingin dibukakan hatinya oleh Allah Taala maka hendaklah ia berkhalwat, sedikit makan, manjauhi daripada bergaul dengan orang bodoh dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan orang yang berilmu.
(Kitab: al-Majmuk Syarah Muhazzab).

KESIMPULAN
Berkata Habib bin as-Syahid kepada anaknya: Wahai anakku, berkawanlah engkau dengan fukaha (orang alim), pelajarilah daripada mereka dan ambillah adab-adab yang baik daripada mereka kerana sesungguhnya yang demikian itu lebih disukai disisiku daripada banyak mempelajari hadis.
(Kitab: Mausuah al-Adab al-Islamiyyah).

___________

 
(1`)Prof. Madya Mohd. Saleh bin Haji Ahmad (2007). Khilaf Ulama’ Dalam Hukum Figh : Sebab Dan Adab-Adabnya, 9, Pulau Pinang: Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.
(2) Abu Anas Madani (25 Rabiul Thani 1432H / 30 Mac 2011). "Adab Berbeza Pendapat Dan Peranannya Dalam Mencari Persamaan". Ampang, KL: Kerajaan Negeri Perlis.
(3)Abdul Qadir Rahbawi(2001)’Solat 4 Mazhab’ Victory Agencie m/s 15
 
(4)Ibnu Rusyd(1991) Bidayatul Mujtahid, Victory Agencie
(5)Abdul Rahman Jaziri(1994) Fiqh 4 Mazhab, CV Asy Syifa Semarang