Thursday, December 23, 2010

RAGU DALAM TOHARAH

(1) Bagi mengelakkan was-was yang merasai air kencing terkena pakaian atau masih terkeluar dari kemaluan, dicadangkan agar selepas membuang air kecil, diambil air dan direnjis pada pakaian yang berhampiran. Tujuannya, agar jika ternampak apa-apa kesan air, maka anggaplah itu air renjisan tadi. Al-Imam Ahmad telah ditanya oleh seorang lelaki yang selepas berwuduk masih merasa berhadas. Kata al-Imam Ahmad: “Ambil air dalam tapak tangan dan renjis pada kemaluanmu dan jangan peduli lagi, kerana itu menghilangkan syak insyaAllah”. (Ibn Qudamah, al-Syarh al-Kabir 1/94) Cadangan al-Imam Ahmad ini berteraskan hadis: “Bahawa Nabi s.a.w kencing, kemudian berwuduk dan merenjiskan air pada kemaluan baginda” (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

(2)Adapun berkaitan pakaian yang terkena najis seperti air kencing/mazi

Nabi s.a.w menyebut 'ckplah kamu ambil secaul air lalu percikkan

pada kainmu hingga jelas bagimu mengenainya(Abu daud,Ibnu

Majah,Termizi)

NISFU SYA’BAN

Adapun berkenaan beberapa amalan masyarakat umum dalam menyambut nisfu Sya’ban, berikut disenaraikan beberapa pandangan ‘ulama muktabar tentangnya:

(1) Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya. (Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah) (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

(2) Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama). (Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’)

Sunday, November 21, 2010


SALAM EIDULADHA



Wednesday, May 5, 2010

Hikayat Melayu Dan 2 Buah Buku

Betulkah kajian yg mengatakan org Melayu hanya membaca 2 buah buku setahun? biarkanlah kajian itu, lebih senang kita melihat dgn mata kepala kita sndri.. Melayu mmg malas membaca.. lelaki muda suka membaca artikel sukan dan hiburan..lelaki tua kerepot asyik dgn politikusnya.. makcik2 sibuk dgn buku mskn dan jampi serapahnya.. wanita muda pula sibuk dgn fesyen dan gosip..panas3... sebab itulah penulis buku xboleh nak cari makan dlm negara kita..org kita hanya kena siti nurhaliza,mawi dan m.rajoli.... kalau kita tanya pasal Marcos, Adolf Hitler, Khomeinei, dan Mao Ze Thong pasti mereka tersengeh2 mcm lembu mkn rumput pagi2..Adakah kita nak kekal sebagai negara dunia ke3?? infrastruktur kelas 1 ttp mentaliti kelas ke3?? Itulah org kita kerana sibuk dgn HIDUP MELAYUnya.....

Sunday, March 14, 2010

Fikhul Sunnah (Memahami Sunnah)

Sunah terbahagi kpd 4:tasyriiyyah(wajib),fitriyyah(fitrah),haram,taqririyyah(diam nabi)
Antara contoh sunnah:

  1. tasyriiyyah:mendirikan negara Islam, melaksanakan hukum Islam spt hudud & qisas, menhapuskan judi & riba'
  2. fitriyyah:berjubah, berserban
  3. haram: mgmpulkan isteri lebih dlm 4 dalam sesuatu masa, qiyamullail setiap hari
  4. taqririyyah: sahabat nabi makan dhab, tetapi nabi mendiamkan sahaja perbuatan sahabatnya ituyg bermaksud nabi membolehkannya

Dalam pembahagian sunnah ini, tasyriiyyah merupakan yg paling penting sekali. Dalam negara kita banyak tempat2 judi & maksiat.Bahkan Bank Negara sndr terlibat dgn sistem bukan Islam iaitu konvensional.Mlgnya msyrkt lebih melihat sunnah yg sunat sprti berjubah dan berserban lalu meninggalkan yg wajib

Friday, February 19, 2010

Menilai Persahabatan Di Dalam Islam



Sahabat adalah orang yang hampir dengan kita.Sahabat adalah orang yang boleh berkongsi susah senang dgn kita.Sahabat yang baik akan mengorbankan dirinya dan sentiasa memanfaatkan dirinya utk orang lain.Dalam hadis Imam Muslim Nabi bersabda yg bermaksud "Allah akan membantu hambaNya selagimana hambaNya dlm keadaan membantu saudaranya". Usrah merupakan perkara yg tdk dapat lari drpd gerakan Islam.Usrah bermaksud keluarga.As syahid Hasan al Banna meletakkan 3 rukun usrah iaitu taaruf(kenal),taawun(membantu), dan tanfiz(pelaksanaan).Kadangkala persahabatan tidak kukuh kerana asas usrah tidak ada iaitu taaruf(kenal). kita tidak kenal sahabat kita secara mendalam.Tentang kelurganya,hobinya dan sebagainya.Kita mestilah selalu berhubung dgn sahabat dgn apa cara sekalipun bagi mengelakkan hubungan menjadi renggang.Apabila kita sirah Nabi,kita dapat melihat betapa akrabnya Nabi dgn para sahabat terutamanya dgn Abi Bakr As Siddiq.Khalifah yg pertama ini sanggup mengorbankan dirinya utk sahabatnya iaitu NAbi.Sabda Nabi dlm hadis yang sahih yg bermaksud "tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi orang lain lebih drpd dia mengasihi dirinya sendiri".Antara doa yg dimakbulkan oleh Allah adalah doa sahabat kpd sahabat yang lain diluar pengetahuan sahabatnya itu.Seorang ulama mengatakan bahawa aku sentiasa mendoakan sahabatku dan aku sebut nama mereka satu persatu dlm doaku.Mestilah ada integriti dan keadilan dlm persahabatan.Jangan mengkhianati sahabat kita dan jgn jadi kacang lupakan kulit.

Monday, February 1, 2010

Pakatan Rakyat:Parti Lain Macam Mana??





Konvensyen PR telah sebulan berlalu.Ucapan pimpinan utama melambangkan hubungan erat antara parti gabungan.Untuk memenangi kerajaan pusat,cukupkah PR dengan hanya gabungan 3 parti? PR mungkin kuat di semenanjung tidak di Sabah dan Sarawak.
Bagaimana hubungan PR dgn parti2 kecil seperti PSM,PRM,MDP,PCM,SNAP..
Walhal Dr.Jeyakumar(PSM) bertanding di Sg.Siput,Dr.Nasir Hashim(PSM) di Kota Damansara, Wee Choo Keong(MDP) di Wangsa Maju, semuanya bertanding atas tiket PKR.
Tetapi seolah2 ada benteng pemisah antara PR dgn parti2 ini..Hasan Karim sanggup keluar dr PRM oleh kerana cubaannya utk membawa masuk PRM ke dlm PR ditolak perwakilan parti PRM. BIlakah agaknya parti2 kecil ini akan join PR?? Takkanlah nak tggu PRU 13 br nak bergabung? Sempatkah gerak kerja nak disusun klu begitu???