Thursday, December 23, 2010

Doa Khutbah Jumaat

Diriwayatkan dari Imarah bahawa ia melihat Bisyr Bin Marwan berkhutbah sambil mengangkat tangan maka katanya, “ semoga Allah menghodohkan kedua tanganmu yang pendek itu,saya melihat Rasulullah berkhutbah tetapi beliau tidak lebih melakukan dari sekadar menunjuk dengan kedua tangannya begini’, lalu ia tunjuk dengan jari telunjuknya. (Muslim,Daud,Termizi,Nasai,Ibnu Majah)

Hadis ini dibahaskan oleh ulama’ dengan mengatakan apabila khatib berdoa sewaktu akhir khutbah,khatib dan makmum tidak mengangkat tangan cukup sekadar makmum mengucapkan amin.Adapun doa antara 2 khutbah itu dibaca secara bersendirian.

AZAN SOLAT JUMAAT

Zaman Nabi s.a.w azan waktu Jumaat hanya sekali.Oleh kerana kepesatan penduduk dan pembangunan di kota pada zaman Saidina Usman,khalifah memerintahkan supaya azan dilaungkan sebanyak 2 kali untuk memberi peringatan awal hendak masuknya waktu Zuhur: (1) sebelum masuk waktu Zuhur (2) apabila sudah masuk waktu Selepas azan ke-2 terus khatib naik mimbar memberikan khutbah

JABAIR DAN ISABAH

Oleh kerana hadith-hadith dalam masalah ini kesemuanya tersangat daif, ini seperti yang dinyatakan oleh para ulama hadith seperti al-Baihaqi, dan tegaskan lagi oleh al-Albani dalam Tamam al-Minnah, maka berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam masalah ini.Apa yang dapat dirumuskan dari perbahasan para ulama fekah, ialah dua pendapat yang mudah diikuti;

Pertama: Hanya perlu sapu di atas balutan tersebut. Dia tidak diwajibkan berwuduk sebelum memakai balutan tersebut. Ketika berwuduk atau mandi wajib dia hanya perlu sapu air di atas balutan tersebut, tanpa perlu membasuhnya, atau melalukan air di bawahnya, atau menanggalkannya. Inilah pendapat terpilih daripada kebanyakan ulama Fekah. (‘Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar`ah, jld 1, m.s. 140, Beirut: Muassasah al-Risalah 1994).

Kedua: Disebabkan hadith-hadith dalam perkara ini terlalu daif, maka terdapat ulama fekah yang berpegang kepada tidak wujud hukum sapuan atas balutan patah atau luka. Sebaliknya anggota yang cedera, atau dibalut tersebut tidak perlu sebarang sapuan atau basuhan kerana telah gugur kewajipan syarak ke atas anggota tersebut. Ini pendapat yang dikemukakan oleh al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (wafat 456H). Al-Muhalla, jld 1, m.s. 316, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah

RAGU DALAM TOHARAH

(1) Bagi mengelakkan was-was yang merasai air kencing terkena pakaian atau masih terkeluar dari kemaluan, dicadangkan agar selepas membuang air kecil, diambil air dan direnjis pada pakaian yang berhampiran. Tujuannya, agar jika ternampak apa-apa kesan air, maka anggaplah itu air renjisan tadi. Al-Imam Ahmad telah ditanya oleh seorang lelaki yang selepas berwuduk masih merasa berhadas. Kata al-Imam Ahmad: “Ambil air dalam tapak tangan dan renjis pada kemaluanmu dan jangan peduli lagi, kerana itu menghilangkan syak insyaAllah”. (Ibn Qudamah, al-Syarh al-Kabir 1/94) Cadangan al-Imam Ahmad ini berteraskan hadis: “Bahawa Nabi s.a.w kencing, kemudian berwuduk dan merenjiskan air pada kemaluan baginda” (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

(2)Adapun berkaitan pakaian yang terkena najis seperti air kencing/mazi

Nabi s.a.w menyebut 'ckplah kamu ambil secaul air lalu percikkan

pada kainmu hingga jelas bagimu mengenainya(Abu daud,Ibnu

Majah,Termizi)

NISFU SYA’BAN

Adapun berkenaan beberapa amalan masyarakat umum dalam menyambut nisfu Sya’ban, berikut disenaraikan beberapa pandangan ‘ulama muktabar tentangnya:

(1) Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya. (Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah) (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

(2) Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama). (Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’)

Sunday, November 21, 2010


SALAM EIDULADHA



Wednesday, May 5, 2010

Hikayat Melayu Dan 2 Buah Buku

Betulkah kajian yg mengatakan org Melayu hanya membaca 2 buah buku setahun? biarkanlah kajian itu, lebih senang kita melihat dgn mata kepala kita sndri.. Melayu mmg malas membaca.. lelaki muda suka membaca artikel sukan dan hiburan..lelaki tua kerepot asyik dgn politikusnya.. makcik2 sibuk dgn buku mskn dan jampi serapahnya.. wanita muda pula sibuk dgn fesyen dan gosip..panas3... sebab itulah penulis buku xboleh nak cari makan dlm negara kita..org kita hanya kena siti nurhaliza,mawi dan m.rajoli.... kalau kita tanya pasal Marcos, Adolf Hitler, Khomeinei, dan Mao Ze Thong pasti mereka tersengeh2 mcm lembu mkn rumput pagi2..Adakah kita nak kekal sebagai negara dunia ke3?? infrastruktur kelas 1 ttp mentaliti kelas ke3?? Itulah org kita kerana sibuk dgn HIDUP MELAYUnya.....

Sunday, March 14, 2010

Fikhul Sunnah (Memahami Sunnah)

Sunah terbahagi kpd 4:tasyriiyyah(wajib),fitriyyah(fitrah),haram,taqririyyah(diam nabi)
Antara contoh sunnah:

  1. tasyriiyyah:mendirikan negara Islam, melaksanakan hukum Islam spt hudud & qisas, menhapuskan judi & riba'
  2. fitriyyah:berjubah, berserban
  3. haram: mgmpulkan isteri lebih dlm 4 dalam sesuatu masa, qiyamullail setiap hari
  4. taqririyyah: sahabat nabi makan dhab, tetapi nabi mendiamkan sahaja perbuatan sahabatnya ituyg bermaksud nabi membolehkannya

Dalam pembahagian sunnah ini, tasyriiyyah merupakan yg paling penting sekali. Dalam negara kita banyak tempat2 judi & maksiat.Bahkan Bank Negara sndr terlibat dgn sistem bukan Islam iaitu konvensional.Mlgnya msyrkt lebih melihat sunnah yg sunat sprti berjubah dan berserban lalu meninggalkan yg wajib

Friday, February 19, 2010

Menilai Persahabatan Di Dalam Islam



Sahabat adalah orang yang hampir dengan kita.Sahabat adalah orang yang boleh berkongsi susah senang dgn kita.Sahabat yang baik akan mengorbankan dirinya dan sentiasa memanfaatkan dirinya utk orang lain.Dalam hadis Imam Muslim Nabi bersabda yg bermaksud "Allah akan membantu hambaNya selagimana hambaNya dlm keadaan membantu saudaranya". Usrah merupakan perkara yg tdk dapat lari drpd gerakan Islam.Usrah bermaksud keluarga.As syahid Hasan al Banna meletakkan 3 rukun usrah iaitu taaruf(kenal),taawun(membantu), dan tanfiz(pelaksanaan).Kadangkala persahabatan tidak kukuh kerana asas usrah tidak ada iaitu taaruf(kenal). kita tidak kenal sahabat kita secara mendalam.Tentang kelurganya,hobinya dan sebagainya.Kita mestilah selalu berhubung dgn sahabat dgn apa cara sekalipun bagi mengelakkan hubungan menjadi renggang.Apabila kita sirah Nabi,kita dapat melihat betapa akrabnya Nabi dgn para sahabat terutamanya dgn Abi Bakr As Siddiq.Khalifah yg pertama ini sanggup mengorbankan dirinya utk sahabatnya iaitu NAbi.Sabda Nabi dlm hadis yang sahih yg bermaksud "tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi orang lain lebih drpd dia mengasihi dirinya sendiri".Antara doa yg dimakbulkan oleh Allah adalah doa sahabat kpd sahabat yang lain diluar pengetahuan sahabatnya itu.Seorang ulama mengatakan bahawa aku sentiasa mendoakan sahabatku dan aku sebut nama mereka satu persatu dlm doaku.Mestilah ada integriti dan keadilan dlm persahabatan.Jangan mengkhianati sahabat kita dan jgn jadi kacang lupakan kulit.

Monday, February 1, 2010

Pakatan Rakyat:Parti Lain Macam Mana??





Konvensyen PR telah sebulan berlalu.Ucapan pimpinan utama melambangkan hubungan erat antara parti gabungan.Untuk memenangi kerajaan pusat,cukupkah PR dengan hanya gabungan 3 parti? PR mungkin kuat di semenanjung tidak di Sabah dan Sarawak.
Bagaimana hubungan PR dgn parti2 kecil seperti PSM,PRM,MDP,PCM,SNAP..
Walhal Dr.Jeyakumar(PSM) bertanding di Sg.Siput,Dr.Nasir Hashim(PSM) di Kota Damansara, Wee Choo Keong(MDP) di Wangsa Maju, semuanya bertanding atas tiket PKR.
Tetapi seolah2 ada benteng pemisah antara PR dgn parti2 ini..Hasan Karim sanggup keluar dr PRM oleh kerana cubaannya utk membawa masuk PRM ke dlm PR ditolak perwakilan parti PRM. BIlakah agaknya parti2 kecil ini akan join PR?? Takkanlah nak tggu PRU 13 br nak bergabung? Sempatkah gerak kerja nak disusun klu begitu???

Saturday, January 30, 2010

MP PAS ponteng???
















Bajet 2010 PM Najib hanya diluluskan dgn majoriti 3 undi. Drpd 82 orang MP pakatan, yg hadir hanya 63 org.Why this happen?? kita bersangka baik mgkn mereka ada urusan yg lebih penting.





Cuma yg mendukacitakan adalah apabila siaran langsung di tv, kerusi MP PAS bnyk kosong.





Yang hadir pula gagal berfungsi dgn baik.





Kita mesti teringat sewaktu Datuk Fadzil Nor menjadi ketua pembangkang penggal 1999 dahulu.





Sewaktu itu barisan MP PAS cukup mantap antaranya adalah Mat Sabu(kuala kedah), Mahfuz(pokok sena),Mustafa Ali(dungun),Dr Syed Azman(kuala terengganu) dan Husam Musa(kubang kerian). Sewaktu itu antara yg diperdebatkan adalah isu SAR, tabung haji,putrajaya dan PPSMI.





Conclusion is, wake up MP PAS..

Skandak PKFZ




Bila nak selesai kes ni,ha? semua pakat tunding jari mcm lagu bangau oh bangau. Harga asal RM4 b sekarang mencecah RM12.5 b
RM12.5 b boleh digunakan=




  • Bina 4 jmbtn Penang, 25 universiti (500 j sebuah), 125 hospital(100j sebuah), 1250 sekolah(10 j sebuah), 312500 rumah kos rendah(40 ribu sebuah)


  • Setiap seorang drpd 27 j rkyt M"sia mendapat RM338


  • Hasil negeri Selangor utk 13 tahun/Penang utk40 tahun

Syabas Datuk Paduka Husam Musa

Keluarkan Pemformatan daripada pemilihan









Beliau merupakan seorang yg cukup menyengat di dalam parlimen sewaktu mnjadi MP kubang kerian(1999-2004). Dan sekarang kita lihat beliau bersungguh2 untk menuntut royalti mnyk dari kerajaan pusat..dulu tuntut RM 1bilion skrang RM 9 b kerana dikatakan minyak dr Kelantan digali sejak 1984.Penulis melihat beliau mempunyai kehebatan tersendiri dan mgkn PAS boleh mengangkat beliau sebagai Presiden PAS dan dicalonkan sbgi PM. Penulis berharap beliau menjadi pemimpin terulung suatu hari nanti..

Friday, January 29, 2010

Jalan Raja Laut vs Jalan Chow Kit vs Lorong Haji Taib


Sebut saja Lorong Hj taib semua org tahu..Nama saja lorong Haji tapi aktiviti di situ, ish3....
Jalan Raja Laut trdapatnya Pejabat Agung PAS manakala Jalan Chow Kit tmpt menjual barang2..
Amat hairan sampai hari ini operasi pelacuran masih berleluasa. Adakah pemimpin parti Islam dan peniaga Islam di sana tidak cakna akan keadaan sekeliling.Ketiga2 tmpat ini amat berdekatan.Sesungguhnya pelacur di sana mengharapkan sinar dari masyrkt sekeliling mereka..

Thursday, January 28, 2010

Rm 100 bilion?? banyak tu


Barry Wain menulis dalam bukunya "Malaysian Maverick;Mahathir Mohamad in Turbulent Times" bahawa bekas PM itu telah "squandered" RM100 b semasa 22 tahun zaman diktatornya..benar atau tidak??Allahua"lam..Tengku Razaleigh menjadi kaya kerana menyaman akhbar luar negara kerana mengaitkan beliau dengan skandal BMF.. Bersediakah sang diktator menyaman Barry Wain??????