Thursday, December 23, 2010

Doa Khutbah Jumaat

Diriwayatkan dari Imarah bahawa ia melihat Bisyr Bin Marwan berkhutbah sambil mengangkat tangan maka katanya, “ semoga Allah menghodohkan kedua tanganmu yang pendek itu,saya melihat Rasulullah berkhutbah tetapi beliau tidak lebih melakukan dari sekadar menunjuk dengan kedua tangannya begini’, lalu ia tunjuk dengan jari telunjuknya. (Muslim,Daud,Termizi,Nasai,Ibnu Majah)

Hadis ini dibahaskan oleh ulama’ dengan mengatakan apabila khatib berdoa sewaktu akhir khutbah,khatib dan makmum tidak mengangkat tangan cukup sekadar makmum mengucapkan amin.Adapun doa antara 2 khutbah itu dibaca secara bersendirian.

AZAN SOLAT JUMAAT

Zaman Nabi s.a.w azan waktu Jumaat hanya sekali.Oleh kerana kepesatan penduduk dan pembangunan di kota pada zaman Saidina Usman,khalifah memerintahkan supaya azan dilaungkan sebanyak 2 kali untuk memberi peringatan awal hendak masuknya waktu Zuhur: (1) sebelum masuk waktu Zuhur (2) apabila sudah masuk waktu Selepas azan ke-2 terus khatib naik mimbar memberikan khutbah

JABAIR DAN ISABAH

Oleh kerana hadith-hadith dalam masalah ini kesemuanya tersangat daif, ini seperti yang dinyatakan oleh para ulama hadith seperti al-Baihaqi, dan tegaskan lagi oleh al-Albani dalam Tamam al-Minnah, maka berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam masalah ini.Apa yang dapat dirumuskan dari perbahasan para ulama fekah, ialah dua pendapat yang mudah diikuti;

Pertama: Hanya perlu sapu di atas balutan tersebut. Dia tidak diwajibkan berwuduk sebelum memakai balutan tersebut. Ketika berwuduk atau mandi wajib dia hanya perlu sapu air di atas balutan tersebut, tanpa perlu membasuhnya, atau melalukan air di bawahnya, atau menanggalkannya. Inilah pendapat terpilih daripada kebanyakan ulama Fekah. (‘Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar`ah, jld 1, m.s. 140, Beirut: Muassasah al-Risalah 1994).

Kedua: Disebabkan hadith-hadith dalam perkara ini terlalu daif, maka terdapat ulama fekah yang berpegang kepada tidak wujud hukum sapuan atas balutan patah atau luka. Sebaliknya anggota yang cedera, atau dibalut tersebut tidak perlu sebarang sapuan atau basuhan kerana telah gugur kewajipan syarak ke atas anggota tersebut. Ini pendapat yang dikemukakan oleh al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (wafat 456H). Al-Muhalla, jld 1, m.s. 316, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah

RAGU DALAM TOHARAH

(1) Bagi mengelakkan was-was yang merasai air kencing terkena pakaian atau masih terkeluar dari kemaluan, dicadangkan agar selepas membuang air kecil, diambil air dan direnjis pada pakaian yang berhampiran. Tujuannya, agar jika ternampak apa-apa kesan air, maka anggaplah itu air renjisan tadi. Al-Imam Ahmad telah ditanya oleh seorang lelaki yang selepas berwuduk masih merasa berhadas. Kata al-Imam Ahmad: “Ambil air dalam tapak tangan dan renjis pada kemaluanmu dan jangan peduli lagi, kerana itu menghilangkan syak insyaAllah”. (Ibn Qudamah, al-Syarh al-Kabir 1/94) Cadangan al-Imam Ahmad ini berteraskan hadis: “Bahawa Nabi s.a.w kencing, kemudian berwuduk dan merenjiskan air pada kemaluan baginda” (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

(2)Adapun berkaitan pakaian yang terkena najis seperti air kencing/mazi

Nabi s.a.w menyebut 'ckplah kamu ambil secaul air lalu percikkan

pada kainmu hingga jelas bagimu mengenainya(Abu daud,Ibnu

Majah,Termizi)

NISFU SYA’BAN

Adapun berkenaan beberapa amalan masyarakat umum dalam menyambut nisfu Sya’ban, berikut disenaraikan beberapa pandangan ‘ulama muktabar tentangnya:

(1) Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya. (Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah) (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

(2) Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama). (Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’)