Khilaf (Bahasa Arab: bererti keliru atau salah. Dalam Islam, "khilaf" biasanya membawa erti pertentangan atau berlawanan. Manakala istilah yang lebih khusus "ikhtilaf" membawa maksud tidak sependapat atas sesuatu perkara.
Khilaf terbahagi kepada tiga bahagian:
- Khilaf yang diterima
- Khilaf yang dicela
- Perbezaan dalam penguasaan ilmu Bahasa Arab.
- Khilaf pada kaedah-kaedah usuliyyah.
- Khilaf dalam menentukan darjat hadis
Perbezaan
dalam penguasaan ilmu bahasa arab
Lafaz
yang memungkinkan 2 erti hakiki.Sebagai contoh ayat quruk berkaitan iddah dalam
surah baqarah ayat 228. Imam Malik(179 H),Syafee (204H) dan Hanbali(241h)
berpendapat makna yang dimaksudkan adalah ‘suci’.
Adapun
Imam Hanafi(150H) berpendapat ianya bermaksud haid.(3)
‘Wanita-wanita
yang ditalak hendaklah menunggu 3 kali quruk’ (Baqarah 228)
Khilaf pada masalah usuliyyah
Para mujtahid menggunakan kaedah usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah
dalam mengeluarkan hokum.Antara kaedah tersebut ialah saddu zarai’,masolih
mursalah,uruf dan istihsan.
Sebagai contoh Dr Yusuf Qardawi
berfatwa mati syahid pengebom berani
mati. Ini difikirkan dari sudut tempat dan suasana negara perang(uruf) dan
darurat dalam hendak melawan musuh yang akan meberi kesan yang lebih buruk
kepada Negara(saddu zarai’).
Ada
sebahagian ulama yang berfatwa bahawa mereka bukan mati syahid atas alas an
senjata lain masih ada dan nas2 hadis.
Khilaf dalam menentukan darjat
hadis
Penulis mengambil isu talqin
sebagai contoh.Umumnya para ulama mazhab tidak mengatakan sunat talqin di kubur
mayat(4) (5).Imam Hanbali dalam Fiqh Sunnah melarang keras perbuatan ini.
Antara sebab khilaf ini timbul
kerana status hadis berkaitan talqin yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani
Dari Sa’id bin
Abdullah al-Audi berkata: Saya menyaksikan Abu Umamah saat menjelang meninggal
dunia dan beliau berkata: Apabila saya meninggal dunia maka lakukanlah bagiku
sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah untuk kami lakukan pada orang
yang meninggal. Baginda bersabda: Apabila salah seorang dari kalian meninggal
dunia lalu kalian sudah meratakan kuburannya, maka hendaklah salah seorang dari
kalian berdiri pada sisi kepala kubur, lalu hendaklah dia berkata: Wahai Fulan
anaknya Fulanah kerana dia akan mendengarnya meskipun tidak boleh menjawab.
Dengan ini semua maka Allah akan menjadi hujahnya dalam menghadapi keduanya. Lalu ada seorang yang bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kalau tidak diketahui nama ibunya? Maka Rasulullah bersabda: Nasabkanlah kepada Hawa, katakan Fulan bin Hawa.
Hadis ini dikeluarkan oleh at-Thabrani dalam ad-Du’a dan Mu’jam al-Kabir dari jalan Muhammad bin Ibrahim al-Ala’, telah menceritakan kepada kami Isma’il bin ’Ayyasy, telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad al-Qurasyi dan Yahya bin Abi Katsir dari Sa’id bin Abdullah al-Audi. Hadis ini adalah hadis dha’if (lemah). Berikut dikemukakan beberapa komentar ulamak hadis terhadap kedudukan riwayat di atas:
- Berkata al-Haithami(807H)rahimahullah dalam al-Majma’ Zawaid, jld. 3, ms. 45: Dalam sanadnya banyak perawi yang tidak saya kenali.
- Berkata Ibn Solah rahimahullah: Sanadnya tidak dapat dijadikan hujah.
- Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah(728H) rahimahullah dalam Majmu’ al-Fatawa, jld. 4, ms. 296: Hadis ini tidak dihukumi sahih.
- Berkata Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah(751H) rahimahullah dalam Zad al-Ma’ad, jld. 1, ms. 523: Tidak sahih secara marfu’. Beliau juga berkata dalam Tahdzib as-Sunan: Hadis ini disepakati akan kelemahannya.
- Imam al-‘Iraqi (806H)rahimahullah juga melemahkannya dalam Takhrij Ihya’, jld. 4, ms. 420.
- Hadis ini juga dilemahkan oleh Zarkasyi dalam al-La’ali al-Manstsurah, ms. 59, al-Suyuthi(911H) dalam ad-Durar al-Manstsurah, ms. 25 serta Imam ash-Shan’ani dalam Subulus Salam, jld. 2, ms. 114.
Ada sebahagian ulama
syafee yang mengsohihkan hadis ini atas alasan ada penguat(syawahid) hadis
ini.Antaranya ialah Imam Nawawi(676H)dalam Majmu Syarhu Muhazzab dan Imam Ibnu
Hajar(852H) dalam Talkhis al Habir
ADAB-ADAB
MENGHADAPI KHILAF
Islam amat menyeru
umatnya supaya mengamalkan segala adab-adab yang telah dijelaskan dan
diterangkan oleh al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. melalui lidah-lidah
para ulama. Adab-adab tersebut untuk memastikan agar kehidupan manusia berada
di dalam keadaan aman dan harmoni. Semua adab-adab adalah untuk mencantikkan
segala amalan yang ingin dilakukan manusia. Setiap amalan akan lebih bermakna
sekiranya dihiasi dengan adab-adab yang indah. Berikut di antara kata-kata
ulama yang boleh kita jadikan teladan:
Berkata Syeikh
Abdul Fatah Abu Ghuddah:
Imam Qurafi
berkata di dalam kitabnya al-Furuq: Ketahuilah sesungguhnya dengan mengamalkan
sedikit adab-adab Islam lebih baik daripada memperbanyakkan amalan.
(Kitab: Min
Adab al-Islam).
Berkata Syeikh
Abdul Aziz bin Fathi:
Ibnu Mubarak
berkata: Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu
selama dua puluh tahun dan adalah mereka (para ulama) mempelajari adab kemudian
barulah mempelajari ilmu.
(Kitab:
Mausuah al-Adab al-Islamiyyah).
Berkata Imam
Nawawi:
Imam Shafie
berkata: Sesiapa yang ingin dibukakan hatinya oleh Allah Taala maka hendaklah
ia berkhalwat, sedikit makan, manjauhi daripada bergaul dengan orang bodoh dan
membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan
orang yang berilmu.
(Kitab:
al-Majmuk Syarah Muhazzab).
KESIMPULAN
Berkata Habib
bin as-Syahid kepada anaknya: Wahai anakku, berkawanlah engkau dengan fukaha
(orang alim), pelajarilah daripada mereka dan ambillah adab-adab yang baik
daripada mereka kerana sesungguhnya yang demikian itu lebih disukai disisiku
daripada banyak mempelajari hadis.
(Kitab:
Mausuah al-Adab al-Islamiyyah).
___________
(1`)Prof.
Madya Mohd. Saleh bin Haji Ahmad (2007). Khilaf
Ulama’ Dalam Hukum Figh : Sebab Dan Adab-Adabnya, 9, Pulau Pinang: Jabatan Mufti
Negeri Pulau Pinang.
(2)
Abu Anas Madani (25 Rabiul Thani 1432H / 30 Mac 2011).
"Adab
Berbeza Pendapat Dan Peranannya Dalam Mencari Persamaan". Ampang, KL:
Kerajaan Negeri Perlis.
(3)Abdul Qadir Rahbawi(2001)’Solat
4 Mazhab’ Victory Agencie m/s 15
(4)Ibnu Rusyd(1991) Bidayatul
Mujtahid, Victory Agencie
(5)Abdul Rahman Jaziri(1994) Fiqh 4
Mazhab, CV Asy Syifa Semarang
No comments:
Post a Comment