Thursday, February 3, 2011

Sapu Muka Selepas Salam

Demikian kedudukan hadis berkenaan anjuran menyapu muka sejurus selepas mengerjakan solat (salam). Selain daripada kelemahan sanadnya, hadis ini juga dilihat memiliki kelemahan dari sudut matannya kerana ia bercanggah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri di mana beliau berkataDemikian kedudukan hadis berkaitan menyapu muka selepas salam.Selain daripada kelemahan sanad,ianya juga dilihat memiliki kelemahan dari sudut matannya kerana ia bercanggah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri:

“Pada malam ke-21, kami diselebungi hujan dan masjid saat itu bocor pada tempat Nabi bersolat.Lalu aku melihat kepada baginda,baginda baru selesai dari mengerjakan solat subuh dan pada wajahnya terdapat kesan lumpur dan air”.(Nasai dalam Sahih Sunan Nasai). Ketika mengeluarkan hadis ini,Imam Nasai meletakkannya di bawah bab “tidak usap dahi selepas salam

Berdasarkan fatwa Imam asy-Syafie rahimahullah. Beliau menentang perbuatan tersebut (menyapu muka) sebagaimana dijelaskan oleh beliau rahimahullah melalui hadis yang terdapat dalam kitab Al-Umm yang menjelaskan supaya tangan kita adalah tetap di atas peha ketika semasa dan selepas salam (membawa maksud tiada perbuatan menyapu muka): “Dari Jabir bin Samrah berkata: Semasa kami solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, maka ketika baginda memberi salam, berkata salah seorang dari kami dengan tangannya ke kanannya dan ke kirinya dan mengucapkan: As-salamu ‘alaikum, as-salamu ‘alaikum, dan mengisyaratkan dengan tangannya ke kanan dan ke kiri. Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apa terjadi kepada kamu, mengisyaratkan dengan tangan kamu, tak ubah seperti ekor kuda yang mabuk, tidakkah memadai atau sesungguhnya memadai seseorang kamu meletakkan tangannya di atas pehanya semasa memberi salam ke kanannya dan ke kirinya seraya mengucapkan: As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah, as-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah”. (Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 122. Hadis ini diriwayatkan oleh Riwayat Muslim)

3 comments:

  1. salam...
    xfhm la...huhu...
    blh ke xblh sapu muka lps salam ni??
    tlg terangkn dgn jelas k...
    thankz...
    (izzat mia)

    ReplyDelete
  2. xlengkap nk phmkn orang putera purnama.. hadis berkenaan kemukakan.. mksdnye hadis xlengkap itu~

    ReplyDelete
  3. kepada anonymous:
    saya copy&paste ayat di atas

    " ...Berdasarkan fatwa Imam asy-Syafie rahimahullah. Beliau menentang perbuatan tersebut (menyapu muka) sebagaimana dijelaskan oleh beliau rahimahullah melalui hadis yang terdapat dalam kitab Al-Umm yang menjelaskan supaya tangan kita adalah tetap di atas peha ketika semasa dan selepas salam..."

    saya sejak beberapa lama dahulu tidak lagi sapu muka selepas memberi salam selesai solat.

    ReplyDelete