Monday, February 21, 2011

Tasauf Dan Kesufian

Umat Islam selalu terpesona akan ‘amalan’ yang bercanggah dengan Islam tapi persis seperti Islam.Umat Islam selalu dihidangkan dengan cerita polan ini kasyaf,mempunyai ilmu ladunni,bermimpi jumpa Nabi dan sempat berguru dengan Nabi Khidir. Golongan tarekat sering terjebak dengan hal yang seperti ini. Padahal semua hal tersebut atas tujuan penguasaan pengaruh atau politik yang akhirnya boleh membawa kepada keuntungan seseorang tokoh.

Dalam buku Tarekat Naqsyabandi, disebutkan tentang tanggungjawab disiplin pengikut tarekat: “Meninggalkan ikhtiar diri dan menyatukan ke dalam ikhtiar syeikh dalam segala urusan, baik ibadat mahupun adat kebiasaan. Salah satu tanda murid yang benar, kalau syeikh menyatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam api yang menyala”, ia akan memasukinya”. (H.A Fuad Said,Hakikat Tariqat Naqsyabandiyah,m/s 103)

Inilah yang Prof Hamka berikan sindiran pedas pada zamannya dengan memetik kata seorang tokoh bernama Syeikh Abdullah Saleh: “Menjadi Mufti dalam Kerajaan –kerajaan Melayu itu sangatlah megahnya. Memakai pakaian rasmi yang pakai polet, berpisang sesikat di bahu, jubah berukir-ukir benang emas, dan serban dari sutera dan berkereta sendiri. Rakyat pun sangat takut dan taat, sisanya dimakan, sepah sirihnya dikunyah. Dan kalau beliau ingin hendak kahwin, bismillah!. (Prof Hamka, Ayahku, m/s 160)

Sebahagian ajaran tasawwuf dan tarikat dipengaruhi oleh anasir-anasir luar daripada Islam, seperti unsur-unsur ajaran Kristian, Hindu, Parsi, Yunan dan lain-lain. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi:

“Para pengkaji tidak boleh membantah bahawa tasawwuf telah terpengaruh –pada tahap tertentu- unsur-unsur asing, samada anasir Kristian, Hindu, Parsi atau Yunan, juga unsur-unsur Islam. Dalam tempoh masa sekian lama, telah masuk ke dalam tasawwuf pemikiran yang pelik daripada sumber-sumber yang disebutkan tadi atau selainnya.

Sehinggakan sebahagian tasawwuf sampai ke peringkat percaya kepada al-hulul, atau al-ittihad, atau wahdatul wujud. Sebahagian mereka pula bercakap mengenai qidam nur Muhammad atau yang mereka namakan al-hakikat al-Muhammadiyyah (hakikat Muhammad). Juga mereka bercakap mengenai kewalian, para wali, kasyaf, mawajid, zauq dan berhukum dengan perkara-perkara tersebut dalam nas-nas agama. Mereka memisahkan hakikat dan syariat, berpegang bahawa dalam mendidik murid tasawwuf hendaklah dia di hadapan gurunya bagaikan mayat di hadapan orang yang memandikannya. Mereka melampaui batas dalam zuhud dan apa yang berkaitan dengannya sehingga ke peringkat terkeluar dari kesederhanaan Islam kepada kerahiban Kristian”. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyah, m.s. 94-95, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Siapapun yang mengetahui hakikat tasawwuf (Sufi) dan tasyayyu’ (Syi’ah), ia akan
mendapatkan keduanya seperti pinang dibelah dua. Keduanya berasal dari sumber yang
sama, dan memiliki tujuan yang sama.

Pertama. Kaum Syi’ah mengaku memiliki ilmu khusus yang tidak dipunyai kaum
muslimin selain mereka. Mereka menisbatkan kedustaan ini kepada Ahlul bait dengan
seenak perutnya. Mereka juga mengklaim memiliki mushaf (Al-Qur‘ân) tersendiri, yang
mereka sebut Mushaf Fathimah. Demikian pula orang-orang Sufi, mereka menganggap memiliki ilmu hakikat. Sedangkan orang dari luar kalangan mereka, hanya baru sampai pada tingkat ilmu syariat. Mereka beranggapan, bahwasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala menganugerahkan ilmu laduni kepada mereka, saat orang-orang selain mereka mesti menimba ilmu dengan susah payah dari para ulama.

Kedua. Orang-orang Syi’ah memuja imam-imam mereka dan menempatkan imam- imam itu dengan kedudukan yang lebih tinggi dari para malaikat dan para rasul. Mereka mengatakan, para imam adalah katub pengaman bagi penduduk bumi sebagaimana bintang-bintang menjadi pengaman bagi penduduk langit. Sifat seperti ini pula yang disematkan orang-orang Sufi kepada orang-orang yang mereka anggap sebagai wali. Katanya, “para wali” itu ikut berperan dalam pengaturan alam semesta ini, dan mengetahui ilmu ghaib.

Segelintir golongan sufi amat gemar bercakap perihal wali.Adanya wali qutub,aimmah, autad,abdal,nuqaba,nujaba,hawariyyun,rajabiyyun,khatam.Apabila bercakap perihal ghaib dan perkara luar biasa pastinya mereka akan mengaitkan dgn Nabi Khidir. Kita boleh ikuti kisah Nabi Khidir dgn Nabi Musa dlam surah Kahfi dimana Nabi Khidir melakukan perkara yang aneh. Dengan mempergunakan kisah ini maka golongan sufi atau tarekat yang sesat beralasan bahawa para wali dibolehkan tidak mengikut syariat para nabi dan boleh melakukan segala tindakan yang dianggap salah oleh golongan zahir tetapi hakikatnya betul di sisi ilmu hakikat atau ilmu ladunni.

Ada segelintir msyrkt selalu menyebut bahawa terdapatnya khadam bagi ayat Quran, khususnya Ayatul Kursi. Dikatakan untuk berdampingan dengan khadam tersebut mestilah membaca kepala doa akasyah,doa akasyah,pelapik doa akasyah dan doa rijalul ghaib.Alangkahnya hinanya msyrkt kita pabila memilih jalan yg singkat untuk mencapai martabat yg iman yg tinggi sehingga sggup menggadai aqidah kerna kurangnya ilmu dan jahil akan hukum2 Islam.


No comments:

Post a Comment